Hanya peringatan! Dr Noor Hisham perjelas tweet bayangan PKP bakal dilaksanakan semula

HANYA mahu beri peringatan!

Demikian tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai tweet balas beliau yang mencetvskan spekuIasi sebentar tadi.

“Perkara tu bukan perkara baru… dari hari pertama lagi saya tweet, saya ingatkan semua rakyat Malaysia yang tiada urusan penting, dinasihatkan duduk di rumah.

“Kalau mahu keluar rumah kerana ada urusan penting, patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Itulah tujuan utama saya tweet, hanya memperingatkan untuk duduk rumah kalau tiada urusan penting.

“Kalau ada urusan penting, amalkan 3W dan elakkan 3C,” katanya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada petang Khamis.

Amalan 3W merujuk kepada saranan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (Wear) dan amar4n (Warn) yang lebih berkonsep peringatan seperti elakkan bersalaman dan lain-lain lagi.

Sementara itu 3S pula bermaksud elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Terdahulu, tweet balas Dr Noor Hisham kepada seorang pengguna Twitter menimbulkan teka-teki susulan beliau seakan-akan memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.

Beliau menulis: “Bagaimana jika semua kembali kekal berada di rumah seketika waktu?”

Tweet tersebut mengvndang reaksi balas beberapa pengguna Twitter lain yang merasakan ia seperti memberi petunjuk PKP akan dilaksanakan semula.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Hanya peringatan! Dr Noor Hisham perjelas tweet bayangan PKP bakal dilaksanakan semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*