Sepentas Di Final Ratu Hijabista 2020, Michael Ang Tak Kisah Kerjasama Dengan Fikry Ibrahim, Cuma…

Selepas dikatakan ada berlaku persel1sihan faham dengan pelakon, Fikry Ibrahim, pengarah, Michael Ang tampil menjelaskan mengenai situasi terkini.

Berkongsi pentas bersama Fikry di malam Final Ratu Hijabista 2020, Michael yang diundang sebagai juri jemputan menjelaskan tiada gunanya untuk bermas4m muka apatah lagi menyimpan dend4m.

“Benda berbaIas mulut dan berg4duh semua ni, pada saya jika anda dah menyuarakan mengenai masalah dan tahu mengenai perkara tersebut itu sudah cukup buat saya.

“Buat apa saya nak simpan lagi. Dalam hidup ni buat apa nak berdend4m-dend4m. Semua perkara sudah pun diluahkan. Saya pun dah buat kenyataan saya sendiri. Ada yang saya mengaku dan ada juga yang tidak.

“Bila soal kerja pula, kita jalankan je tanggungjawab kita. Apa guna nak bermas4m-mas4m muka atau tak boleh masuk satu set. Fikiran kol0t semua tu.

“Tiada benda nak selesaikan pun sebab tiada masalah,” katanya.

Michael berkata demikian sewaktu ditemui di sesi sidang media selepas berakhirnya Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 yang berlansung di Sri Kembangan pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon drama, Titi Kayu ini juga menyifatkan dia tidak kisah seandainya ditugaskan untuk berkerjasama dengan Fikry selepas ini.

“Kalau ada keperluan kerja dan ada perkara yang harus dibuat bersama, saya tak kisah. Saya professional orangnya.

“Bila kita buat satu drama, orang yang akan menentukan hero dan heroin adalah pihak stesen televisyen.

“Saya tak buat pilihan cuma kadang-kadang saya boleh bagi pendapat mengenai pilihan saya.

“Kadang-kadang pihak stesen akan terima apa pilihan kita. Ada masa juga mereka t0lak sebab mereka ada pilihan mereka sendiri.

“Jadi, kalau perkara itu terjadi dan pihak stesen mahukan dia, saya tetap akan offer. Saya tak kisah,” kongsinya lagi.

Ketika ramai yang memuji mengenai tahap professi0nalisme yang ditunjukkan oleh Michael, ini reaksi yang diberikan tuan badan;

“Industri ni kecil buat apa nak gadvh-gadvh. Kalau saya tak professional saya tak datang. Mesti saya dah tolak dah.

“Tiada peluang nak bertegur siapa malam ni. Sampai-sampai je saya terus pergi make up kemudian terus masuk set.

“Takkan tengah-tengah live tu saya nak tegur pula,” akhirinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MH

Be the first to comment on "Sepentas Di Final Ratu Hijabista 2020, Michael Ang Tak Kisah Kerjasama Dengan Fikry Ibrahim, Cuma…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*