Dari sekolah pondok di negara seberang ke Bukit Bintang, Saloma Link… memori terindah 5 sekawan hadiah selepas 3 tahun terpis4h

Berlatarkan kawasan segi tiga emas di Bukit Bintang dan jambatan pejalan kaki Saloma Link yang menghubungkan Kampung Baru dan kawasan berdekatan Menara Berkembar Petronas (KLCC), empat sekawan dirakamkan aks1 dan gelagat mereka.

Siapa sangka di sebalik pembikinan video tersebut, ia sebenarnya hasil kreativiti seorang lagi rakan mereka yang membuat perkongsian di laman Instagram.

Pemuda yang membuat rakaman tersebut, Muhammad Atiq Syirazi Mohd Al’Ikhsan berkata, video tersebut dirakam minggu lalu sewaktu bertemu empat rakannya.

Video dirakamkan bermula dari Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Anak muda berusia 21 tahun itu bagaimanapun menjelaskan ia dirakamkan sekadar suka-suka setelah lama tidak bertemu rakan-rakannya itu.

“Kami berlima mula berkawan semasa sama-sama belajar di sekolah pondok moden Darussalam Gontor di Jawa Timur, Indonesia.

“Kali terakhir kami jumpa pada 2017. Selepas tiga tahun, akhirnya kami dapat bertemu semula di Kuala Lumpur,” katanya.

Rakaman di Saloma Link.

Bukan seorang juruvideo mahupun jurugambar, pemuda tersebut sebenarnya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir.

Masih mengikuti pengajian di universiti terkemuka itu, pemuda yang lebih mesra disapa Atiq bagaimanapun pulang ke Malaysia buat sementara waktu berikutan pandem1k Covid-19.

“Walaupun saya mengikut pengajian Islam tetapi mempunyai minat dalam videografi. Saya banyak belajar untuk membuat video bersama rakan-rakan di Mesir.

“Cita-cita nak jadi pensyarah dalam pengajian Islam insyaAllah, tapi tak salah pun nak mencuba pelbagai bidang. Jadi serba boleh,” ujarnya yang berasal dari Bangi, Selangor.

Salah seorang rakan Atiq bersantai di Saloma Link.

Anak kedua daripada sembilan beradik itu turut menjelaskan bahawa video yang merakamkan empat rakannya itu sebagai tanda kenang-kenangan.

“Antara kami membawa haluan masing-masing selepas belajar di Indonesia. Ada yang sambung pengajian di universiti dan ada yang terus bekerja.

“Jadi, bila dapat berjumpa semua, saya hadiahkan mereka dengan satu video yang saya hasilkan. Hadiah ini kenangan untuk mereka, juga kenangan buat saya,” tambahnya.

Atiq mengasah bakatnya dalam bidang videografi.

Bagaimanapun, Atiq berkata, dia masih mendalami ilmu videografi dan mahu mengasah bakatnya itu dengan menimba pengalaman.

“Sebab itu saya mula buat video sekadar suka-suka untuk cari pengalaman. Kalau dah rezeki ada yang mahu ambil khidmat saya sebagai juruvideo, saya tak tolak.

“Macam video rakan-rakan saya di Bukit Bintang dan Saloma Link ni, ia juga percubaan saya untuk memantapkan lagi kemahiran dalam videografi.

“Ia adalah hadiah bermakna yang saya hasilkan untuk rakan-rakan selepas tiga tahun tidak bersua muka. Moga ia menjadi kenangan terindah juga buat mereka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Dari sekolah pondok di negara seberang ke Bukit Bintang, Saloma Link… memori terindah 5 sekawan hadiah selepas 3 tahun terpis4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*