“Datuk Hattan, Saya Masih Menanti Pelvang BersaIaman Dengan Datuk” Kapsyen Naim Daniel Undang Pelbagai Re4ksi

Satu video daripada rancangan separuh akhir pertandingan nyanyian dimuat naik Naim Daniel di Instagram miliknya menyaksikan dia cuba bersalaman dengan Datuk Hattan.

Mungkin tidak perasan dengan tangan yang dihulur oleh Naim kepadanya, Datuk Hattan terus berlalu meninggalkan pentas begitu sahaja dan diikuti oleh gelak tawa oleh penyanyi di sebelah Naim.

“Assalammualaikum Datuk Hattan, saya dengan rendah dirinya menyatakan bahawa saya masih menanti peluang untuk bersalaman dengan Datuk.

“Tapi dah covid sekarang ni, kena patuh sop, tak dapatlah salam nampaknya,” tulis Naim berseloroh.

Ramai netizen yang ketawa dan ada juga yang seolah bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Naim ketika itu.

Lagu bertajuk Sumpah nyanyian Naim Daniel itu muncul juara dalam Anugerah Juara Lagu ke 34 yang berlangsung pada awal tahun ini.

Naim sekarang dalam rangka promosi lagu terbarunya berjudul Purnama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : KL Press

Be the first to comment on "“Datuk Hattan, Saya Masih Menanti Pelvang BersaIaman Dengan Datuk” Kapsyen Naim Daniel Undang Pelbagai Re4ksi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*