“Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Pada UPSI,” Hantar 20 Bas Bantu Pelajar Pulang Tanpa Kebenaran

Semenjak kes Covid-19 naik mendad4k di negara kita, antara yang paling terkes4n adalah para penutut pengajian tinggi yang sepatutnya mendaftar masuk, terp4ksa pulang semula ke kampung masing-masing.

Peka dengan masalah terutama sekali daripada segi kewangan yang melanda para penuntut, baru-baru ini Ustaz Ebit Lew telah mengambil inisiatif membantu membawa balik penuntut-penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Bagaimana pun, niat murninya tidak mendapat persetujuan daripada pihak universiti kerana mend4kwa pendakwah tersebut tidak mendapat kebenaran rasmi.

Justeru itu, dalam satu kenyataan yang dibuat yang oleh Ustaz Ebit, beliau memohon maaf atas tindakannya, niatnya adalah mahu membantu pelajar menyediakan bas awam secara percuma untuk membawa mereka balik ke kampung.

“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice canselor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga…”

“Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat…”

Oleh kerana itu, Ustaz Ebit perlu menangguhkan 20 bas lagi untuk membawa membawa penuntut-penuntut dari institut pengajian tinggi awam balik ke destinasi masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : KL Press

Be the first to comment on "“Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Pada UPSI,” Hantar 20 Bas Bantu Pelajar Pulang Tanpa Kebenaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*