Rezeki Tunai Umrah Terawal Norma Baharu, Rakyat Malaysia Luah Rasa Syukur

Selepas beberapa bulan d1landa wab4k pandem1k C0vid-19, Tanah Suci Makkah akhirnya dibuka semula untuk umat Islam bagi menunaikan ibadah umrah.

Perkara tersebut pasti menggembirakan dan membuatkan individu yang dijemput untuk menjadi tetamu Allah tervja bagi melaksanakan ibadah berkenaan.

Itu yang dirasai seorang pengguna laman Twitter, Ahmad Najhan Hassim yang berkongsi posting mengenai pengalamannya ketika menunaikan umrah dalam keadaan norma baharu.

Menurut pemuda berusia 29 tahun itu, dia meluahkan rasa syukur dan tervja apabila terpilih untuk menjadi antara yang terawal bagi melakukan umrah bersama jemaah yang lain.

“Alhamdulillah..selesai umrah norma baharu! Merasa menjadi yang terawal buat umrah untuk hari pertama dibuka harini,” katanya.

Memetik laporan, dia yang bekerja sebagai jururawat di salah sebuah h0spital di Jeddah berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) umrah yang dibuat Arab Saudi teratur dan tidak mengganggu pelaksanaan ibadah.

Walau bagaimanapun, hanya temp0h maks1mum tiga jam ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah menyelesaikan ibadah umrah menyebabkan tempoh masa di dalam Masjidil Har4m agak singkat.

Perkongsian Najhan mendapat perhatian warganet yang lain dengan meninggalkan lebih 19,000 tanda suka serta lebih 6,800 ulang kicau sejak ia dimuat naik.

Rata-rata turut berkongsikan rasa tervja apabila melihat Tanah Suci kembali dipenuhi jemaah setelah sekian lama menyep1 ak1bat pandem1k tersebut sebelum ini.

Semoga lebih ramai individu diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana sekali gus menunaikan hasrat mereka untuk menjadi tetamu Allah SWT.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Alhijrah Online

Be the first to comment on "Rezeki Tunai Umrah Terawal Norma Baharu, Rakyat Malaysia Luah Rasa Syukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*