“Sebenarnya Pagi Itu…”- Ini Sebab Ismail Sabri BataIkan Sidang Media Semalam

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi menjelaskan punca pembatalan sidang media yang dijadualkan berlangsung petang semalam.

Melalui perkongsian terbaharu di Facebook, katanya pembatalan itu terp4ksa dilakukan bagi membolehkan beliau menjalani uj1an sar1ngan COVID-19 dan melakukan proses kuarant1n kendiri.

Langkah itu diambil segera selepas beliau menerima maklumat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan posit1f COVID-19 pada Isnin.

“Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini. Sebenarnya pagi tadi (semalam) saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penuIaran COVlD-19 seperti memperkenalkan PKPB zon Kota Kinabalu termasuk Penampang dan Putatan.

“Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama didapati posit1f COVlD-19. Saya berada di dalam mesyuarat tersebut. Oleh itu saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test dan balik ke rumah untuk ‘self-quarantine’,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap keputusan uj1an sar1ngan yang akan dikeluarkan esok adalah negatif.

“Insya-Allah esok (hari ini) keputusan swab test saya itu akan keluar. Doakan agar keputusan swab test nanti negatif,” katanya.

Semalam, hanya kenyataan media dikeluarkan oleh pihak KKM yang merekodkan 432 k3s terbaru.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Sebenarnya Pagi Itu…”- Ini Sebab Ismail Sabri BataIkan Sidang Media Semalam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*