“Anak-Anak Saya Di…”- Did4kwa Tidak Sebumbung, Ini Jawapan Puteri Sarah Liyana

Susulan kisah rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang did4kwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama, banyak spekuIasi mengenai perkahwinan mereka timbul.

Terbaharu, menerusi satu kemas kini Puteri Sarah di akaun Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya netizen apabila dia memaklumkan amat merindui anak-anaknya, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

“Rindu sangat. Harta dunia dan akh1ratku,” tulis Puteri Sarah yang memuat naik foto bersama anak-anaknya.

Entri tersebut telah men1mbulkan pelbagai andaian netizen mengenai rumah tangganya termasuk beranggapan mereka sudah tidak sebumbung.

“Kenapa tak duduk sekali ke. Ruginya masa-masa yang telepas. Moga-moga jodoh berpanjangan berbahagia selalu. Untung hidup boleh mewah boleh bermacam-macam semua impikan tu,” persoal salah seorang pengikut media sosial.

“Moga tabah. Akak pun pernah alami tidak tinggl bersama selama 4 tahun untuk perbaiki hubungan. Alhamdullillah hubungan kami bertambah baik,” nasihat salah seorang wargamaya.

Pun begitu, Puteri Sarah tidak mendiamkan diri malah tampil menjawab setiap persoalan yang diajukan.

“Siapa kata tak duduk sekali? Saya sekarang sedang jalani penggambaran di Pahang. Anak-anak saya di Kuala Lumpur,” jawabnya.

Terdahulu, ibu Syamsul tampil mended4hkan pasangan itu sudah dua tahun tidak tinggal bersama dengan mereka.

Syamsul dan  Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Anak-Anak Saya Di…”- Did4kwa Tidak Sebumbung, Ini Jawapan Puteri Sarah Liyana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*