Dr Noor Hisham neg@tif Cov!d-19

 

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan kembali mengadakan sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang ini, selepas tamat kuarantin kendiri di rumahnya.

Dr Noor Hisham berkata, beliau akan kembali bertugas di pejabat KKM dan sidang media berhubung Covid-19 akan mula diadakan di KKM hari ini.

Beliau turut memaklumkan keputusan ujian Covid-19 ke atas dirinya didapati negatif.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan sah positif Covid-19 dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan itu, beliau mengadakan sidang media berkaitan Covid-19 di kediamannya sejak 6 Oktober lalu tanpa kehadiran media.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Dr Noor Hisham neg@tif Cov!d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*