‘Saya bukan OKB’ – Momo Geisha

 

Malang: Bekas penyanyi Geisha, Momo, 34, mengakui emosinya terganggu dengan komen sinis warganet yang melabel dia sebagai Orang Kaya Baharu (OKB) berikutan kesenangan hidup dimilikinya sekarang.

Momo atau nama sebenarnya Narova Morina Sinaga berkata, kemewahan hidupnya sekarang termasuk memiliki rumah besar adalah hasil daripada kerja keras sebelum ini dan bukannya diperoleh dengan cara salah.

“Orang suka berfikiran negatif dan cakap saya OKB. Kadang-kadang saya terfikir, kenapa orang tidak boleh lebih berfikiran positif? Saya berada di tahap sekarang selepas bekerja keras sebelum ini sehinggalah sudah berkeluarga. Lainlah jika saya mendapatkan sesuatu itu dengan cara yang salah,” katanya.

Momo menyifatkan kerja kerasnya selama ini dilakukan secara baik dan benar.

Jadi, tidak salah apabila dia kini mendapat kehidupan yang makmur dan bahagia.

“Asalnya pun saya bukan wanita yang menganggur. Ketika di Jakarta, saya hidup sendiri dan cuba bertahan dalam industri muzik sehingga mencipta nama.

“Kerja-keras saya itu benar-benar berbaloi walaupun saya sahaja perempuan dalam kumpulan Geisha ketika itu. Kami susah bersama, namun kepenatan itu berbaloi,” katanya.

Momo memutuskan untuk meninggalkan karier muzik selepas mendirikan rumah tangga dengan Nicola Reza Samudra pada 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : harianmetro

Be the first to comment on "‘Saya bukan OKB’ – Momo Geisha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*