‘Bagi Nombor Akaun Ya’ – Aeril Zafrel Nak Bantu Orang Sabah Terjejas Akibat Covid-19

Peningkatan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat di Sabah membuatkan rata-rata penduduk terkesan terutamanya mereka di kawasan pedalaman. Sudah tentunya sektor ekonomi mereka yang berada di Sabah turut terjejas kerana khuatir penyakit tersebut semakin merebak.

Susulan daripada peningkatan kes positif di negeri itu, pelakon Aeril Zafrel menerusi posting di Instagram berbesar hari menghulurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terjejas.

Suami kepada pelakon Wawa Zainal itu berhasrat untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada penduduk yang berada di Sabah. Bantuan kewangan tersebut diberikan kepada mana-mana keluarga atau individu yang terjejas dan berada di zon merah akan diberikan keutamaan.

Selain itu, Aeril turut meminta individu yang terjejas untuk sertakan maklumat perbankan seperti nama dan nombor akaun bank di DM Instagramnya.

Rata-rata pengikut dan rakan selebriti juga berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan Aeril. Sedikit sebanyak bantuan tersebut dapat meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik di Sabah sana.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : ohbulan

Be the first to comment on "‘Bagi Nombor Akaun Ya’ – Aeril Zafrel Nak Bantu Orang Sabah Terjejas Akibat Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*