Kerajaan Arah Pekerja Di Kawasan PKPB Bekerja Dari Rumah, Semak Golongan Yang Terlibat

Pekerja di peringkat pengurusan dan pengawasan di sektor swasta dan kerajaan di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Sabah diarahkan untuk melakukan kerja dari rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, arahan itu akan dikeluarkan kepada majikan untuk membenarkan para pekerja bekerja dari rumah bermula 22 Oktober ini sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Mesyuarat hari ini telah memutuskan bahawa pekerja-pekerja di sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan tidak perlu hadir di pejabat dan mereka boleh bekerja di rumah. 

 

“Difahamkan dengan keputusan ini, 1 juta pekerja dapat dikurangkan daripada bekerja di pejabat dan sektor industri serta perkilangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang disiarkan secara live di Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini.

Katanya lagi, daripada jumlah tersebut seramai 800,000 daripadanya merupakan pekerja swasta, manakala 200,000 lagi merupakan kakitangan awam.

Bagaimanapun, katanya, ada pekerja yang perlu terus hadir ke tempat bekerja.

“Ada lagi yang perlu terus bekerja, kerana mereka tidak tergolong daripada kumpulan tersebut.

“Maka kita bersetuju, selepas berbincang dengan Kementerian Sumber manusia, pekerja-pekerja ini perlu jalani ujian saringan swab,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengeluarkan secara terperinci jenis pekerjaan dan SOP berkenaan arahan kerja dari rumah  dalam waktu terdekat.

Selangor dan Kuala Lumpur dan Putrajaya kini sedang menjalani tempoh PKPB sehingga 27 Oktober, manakala Sabah sehingga 26 Oktober depan.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Kerajaan Arah Pekerja Di Kawasan PKPB Bekerja Dari Rumah, Semak Golongan Yang Terlibat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*