Emma Maembong Dedah Sudah Hamil Ketika…

Pelakon Emma Maembong mendedahkan dirinya sudah hamil sejak tiga minggu selepas majlis pernikahannya.

Menurut Emma dia tidak menyangka dan bersyukur kerana dikurniakan rezeki lebih awal.

“Saya selalu mengimpikan keluarga saya sendiri. Setiap kali mendukung bayi baru lahir iaitu anak kakak atau abang saya, pasti akan rasa teruja.

“Masa ini tiga minggu selepas kami bernikah dan saya tidak sedar yang sebenarnya ketika itu saya sedang hamil dan baru sahaja mula rasa loya dan pening.

“Apa yang saya ingin ucapkan adalah syukur kepada Allah. Kita hanya merancang tapi Tuhan adalah perancang yang sebaik-baiknya,” katanya.

Emma mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video sewaktu mendukung anak buahnya yang masih bayi ketika majlis persandingannya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusannya melahirkan bayi pertama dipermudahkan serta sentiasa bahagia di samping keluarga.

Pada Julai lalu, Emma mengumumkan berita kehamilannya yang ketika itu sudah berusia empat bulan dan kini difahamkan sudah memasuki trimester ketiga.

Emma bernikah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Emma Maembong Dedah Sudah Hamil Ketika…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*