Dituduh Perguna OKU Lariskan Karya, Ini Penjelasan Tegas Syahmi Sazli!

Pelakon, pengarah muda dan YouTuber, Syahmi Sazli kesal apabila masih ada yang menuduhnya mempergunakan golongan OKU untuk melariskan karya-karyanya.

Menurut Syahmi, dia masih boleh menerima dakwaan tersebut sekiranya ia berlaku di awal pembabitannya, namun jika sehingga kini isu itu masih diperkatakan, itu sudah melampau.

“Saya masih tak faham sebenarnya. Kalau awal-awal dulu memang banyak la tuduhan ni, tapi saya dah lama dengan Asif dan Yoe.

“Malah apabila filem Mael Totey The Movie (MTTM) nak keluar, isu ini dibangkitkan balik,” katanya.

Menurutnya, orang ramai perlu tahu yang hubungan mereka kini bukan sekadar rakan biasa malah sudah rapat seperti adik beradik.

“Saya dah anggap mereka adik beradik saya, sebab itulah setiap video mesti ada mereka.

“Kalau boleh kalau saya dah tua pun, saya nak mereka ada,” katanya.

Untuk makluman, Asif atau nama sebenarnya Mohd Asyiff Suhaimi, 17, menghidap autisme dan Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 21,  atau Yoe mempunyai masalah pembelajaran.

Kedua-dua mereka menjadi fenomena seluruh negara menerusi lakonan mereka dalam episod Drama Spontan di saluran YouTube, arahan Syahmi.

Pada yang tidak tahu juga, Syahmi bakal tampil dengan filem pertamanya, MTTM yang ditayangkan bermula esok.

Naskhah tersebut buat julung kalinya menyaksikan Syahmi sebagai watak utama dalam filem.

MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. 

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. 

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Dituduh Perguna OKU Lariskan Karya, Ini Penjelasan Tegas Syahmi Sazli!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*