“InsyaAllah Tak Lama Dah Lagi Bah…” – Ajak Shiro

Pelawak dan penyampai radio, Ajak berkongsi rasa teruja melawat ke tapak pembinaan rumah baharu bapanya, Razak Pakon di Kluang, Johor.

Rumah tersebut dibina khas demi memenuhi impian bapanya yang ingin memiliki kediaman sendiri selepas berpencen.

Ajak berkata, rumah setingkat yang memiliki tiga bilik tidur itu kini masih dalam pembinaan dan sudah hampir siap.

“Alhamdulillah dah nak siap dah rumah. Dah lama dah abah saya ni nak ada rumah sendiri. Kesian dia, dulu nak besarkan kiteorang lapan orang, tak ada duit nak buat rumah.

“Dah pencen baru ada duit…Allah hai…Sekarang ni kita tunggu rumah pencen siap,” katanya terharu.

Lebih menarik lagi, menerusi video tersebut Ajak turut membuat ‘tour’ sekeliling rumah yang berlatar belakangkan pemandangan indah dari Gunung Lambak.

“Tak tergambar dengan kata-kata, happy rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Abah dan emak membesarkan kami lapan beradik memang tak ada.

“Semoga Abah gembira ada rumah sendiri,” katanya kepada Gempak.

Tambah Ajak lagi, dia berharap agar kediaman tersebut dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini.

“Insya-Allah kalau tak ada aral melintang saya harap Abah dapat duduk di rumah baru sebelum tahun hadapan.

“Apa pun saya berterima kasih kepada tukang rumah yang bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka dengan baik dan kemas,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut turut mendoakan kelancaran proses pembinaan rumah bapa Ajak dan diberikan kesihatan yang baik.

Rata-rata mereka juga bersetuju bahawa, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat ibu dan bapa sendiri gembira.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Rumah Abah dah nak siap..Lama dia idam nak ada rumah sendiri..Insyaallah xlama dah lagi Bah.. . #abah #umahpencen #kgabdrahmanyassin #kluang #gununglambak #sejukgakeh😝

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Rumah Abah dah nak siap..Lama dia idam nak ada rumah sendiri..Insyaallah xlama dah lagi Bah.. . #abah #umahpencen #kgabdrahmanyassin #kluang #gununglambak #sejukgakeh😝

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : gempak

Be the first to comment on "“InsyaAllah Tak Lama Dah Lagi Bah…” – Ajak Shiro"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*