Sheila Mambo Akui Cuci Face Mask Untuk Ulang Pakai, Ini Alasannya..

Pelakon Sheila Mambo mengakui dirinya terpaksa mencuci semula pelitup muka pakai buang yang sudah digunakan untuk dipakai berulang kali.

Menurut Sheila atau nama sebenarnya, Rusilawati Hasan, 57, dia bertindak sedemikian kerana  memikirkan kos perbelanjaan untuk membeli pelitup muka yang perlu digunakan setiap hari.

“Faham-fahamlah, bukan murah mask, tapi seeloknya, kita basuh dengan sabun guna tapak tangan gosok manja-manja sahaja. Jemur dah boleh pakai

“Tapi saya hanya buat sekali sahaja, lepas tu saya buang guna yang baru.

“Siapa macam saya? Bukan kedekut, tapi berjimat. Cuba uji lepas basuh dah kering, letak air. Kalau tak tembus air, masih elok diguna pakai,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Sheila turut memuat naik cara-cara membasuh pelitup muka pakai buang yang sering dilakukannya walaupun sepatutnya ia tidak boleh diulang guna.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada pihak KKM saran guna mask paling lama 2 jam, dan boleh buang, atau setelah dibuka sewaktu mkn dan pakai sekejap dh boleh buang, jgn pakai lagi. Saya klu guna sekejap kurang dr 2 jam atau hanya waktu tdk melibatkan bertemu atau bertembung dgn orang ramai, saya akn jemur selepas pakai, saya guna hanya 2 x shj, lepas tu saya basuh dan keringkan , kalau msh elok tdk keluar bulu2 kapas. Faham2 la.. Bkn murah mask, tp seeloknya kita basuh dgn sabun guna tapak tangan gosok manja2 jer. Jemur dh blh pakai, tapi saya hanya buat 1x shj, lepas tu saya buang guna yg baru. Siapa mcm saya, bhkan kedekut, tapi BERJIMAT, cuba test lepas basuh dh kering, letak air, klu tk tebus air msh elok diguna pakai. 😂😂😂 Alhamdulillah

A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on

Jelas Shiela lagi, dia mengakui, hal tersebut bertentangan dengan saranan yang dikeluarkan pihak berwajib.

“Ada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) saran guna mask paling lama dua jam dan boleh buang, atau setelah dibuka sewaktu makan dan pakai sekejap dah boleh buang, jangan pakai lagi. 

“Saya kalau guna sekejap kurang dari dua jam atau hanya waktu tidak melibatkan bertemu atau bertembung dengan orang ramai, saya akan jemur selepas pakai. 

“Saya guna hanya dua kali sahaja, lepas tu saya basuh dan keringkan kalau masih elok tidak keluar bulu-bulu kapas,” jelasnya.

Begitupun, perkongsiannya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Ada menasihatinya untuk tidak mengulang pakai pelitup muka pakai buang demi jaminan keselamatan kesihatan diri.

“Maaf, tak boleh pakai balik, harus dibuang.

“Salah ni,” komen sebahagian netizen.

Bagaimanapun, ada juga pengikutnya yang turut melakukan tindakan yang sama.

“Kalau saya basuh tonyoh lagi jadi buruk. Jadi saya basuh dengan air panas sahaja pastu keringkan, pakai balik selagi elok,” komen salah seorang warganet.

Mengikut garis panduan sebenar KKM, pelitup muka pakai buang disarankan pemakaian tidak melebihi lapan jam.

Infografik: KKM

 

Sebelum ini, Sheila yang pernah menerima rumah Program Perumahan Rakyat menasihati orang ramai untuk tidak terus melabel golongan artis sebagai golongan yang hidup mewah.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : gempak

Be the first to comment on "Sheila Mambo Akui Cuci Face Mask Untuk Ulang Pakai, Ini Alasannya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*