Lima Tahun Menanti, Ameer Sofazr Selamat Timang Anak Pertama

Hampir lima tahun menantikan kehadiran cahaya mata, penyanyi Ameer Sofazr memaklumkan isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif telah pun selamat melahirkan anak pertama mereka pada Selasa lalu.

Perkhabaran gembira itu dimaklumkan oleh Ameer menerusi akaun Instagram miliknya. Ameer memberitahu anak perempuannya seberat 3.10 itu selamat dilahirkan pada jam 7.40 petang pada 27 Oktober.

 

Menerusi perkongsian itu, Ameer meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan dengan lancar dan mengucapkan terima kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan buat isteri dan anaknya.

Menggunakan tanda pagar #penantian5tahun, Ameer berkata dia akan menjaga rezeki zuriat dan amanah yang diberikan sepanjang hayatnya. Bagaimanapun, setakat ini Ameer belum lagi mendedahkan wajah dan nama anak perempuannya kepada umum.

Untuk rekod, Ameer mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Lima Tahun Menanti, Ameer Sofazr Selamat Timang Anak Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*