“Till We Meet Again Bang” – Pengiran Muda Abdul Mateen Dedah Penyakit Punca Kemangkatan Kekandanya

Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen mendedahkan punca sebenar kemangkatan abangnya, arwah Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang telah pergi mengadap ilahi pada 24 Oktober lalu. 

Menerusi laman sosial Instagram, Pengiran Muda Mateen berkongsi luahan dan rasa rindu pada abangnya untuk tatapan umum. 

“Awal tahun ini, abang saya disahkan mengidap systemic vasculitis yang merupakan penyakit autoimun. Penyakit autoimun adalah keadaan sistem imun yang tidak normal di mana antibodi menyerang tisu badannya sendiri. 

“Pada masa yang sama, dia juga menghadapi gangguan bipolar yang membuatkan semangat juangnya semakin sukar. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🤍

A post shared by Mateen (@tmski) on

 

 

🤍

A post shared by Mateen (@tmski) on

 

“Akhirnya, abang saya mengalami banyak kegagalan organ yang disebabkan oleh jangkitan berterusan, berpunca daripada sistem autoimun yang membawa kepada kemangkatannya pada pagi 24 Oktober. 

“Kami ingin berkongsi maklumat mengenai penyakit ini kerana saya tahu inilah yang diinginkan oleh abang saya,” tulis Pengiran Muda Abdul Mateen.

Tambah meruntun hati apabila Pengiran Muda Abdul Mateen turut terkenang memori kanak-kanaknya dan membesar bersama abang tercinta. 

“Hari tidak akan sunyi bila Abang Azim ada bersama. Dia selalu prank, buat lawak dan tidak terlalu serius menjalani kehidupan. 

“Gelak tawanya sering buatkan orang lain berasa lucu tidak kira perkara itu kelakar atau tidak, semua orang akan ketawa bersama. 

“Saya sering habiskan zaman kanak-kanak bersama abang, dia banyak mengajar saya dan buatkan saya seperti hari ini. Oleh kerana itu, saya sangat bersyukur,” luah Pengiran Muda Abdul Mateen lagi. 

Di samping itu, Pengiran Muda turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas ucapan takziah dan doa yang diterima. 

“Kami tahu Allah SWT lebih sayangkan dia. Kami okay, kami cuma merindui dia. Sehingga kita berjumpa lagi bang,” jelasnya.

Pada 24 Oktober lalu, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi (waktu tempatan) dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Kredit: Instagram @tmski

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : gempak

Be the first to comment on "“Till We Meet Again Bang” – Pengiran Muda Abdul Mateen Dedah Penyakit Punca Kemangkatan Kekandanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*