Bekas Suami Tuntvt Hadhanah, Datuk Seri Vida Mohon Diberi Ruang – “Semua Ini Demi KeseIamatan Anak-Anak…”

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hamizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mohon dirinya diberikan ruang sebelum mengulas lanjut mengenai isv bekas suami menuntut Hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak.

DSV ketika dihubungi bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang isv terbabit.

“Terima kasih atas perhatian semua yang mengambil berat tentang isv ini. Saya sendiri masih terkejvt dan keIiru.

“Cuma apa yang boleh saya katakana, saya lakukan ini semua demi keselamatan anak-anak. Saya akan maklumkan lebih lanjut selepas saya mendapat sedikit  ketenangan,” jawabnya enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu DSV turut memohon maaf dan berharap agar semua pihak memahami situasi dihadapi beliau sekarang ini.

“Terima kasih kerana memahami,” katanya.

Terdahulu bekas suami DSV Mohd Amin Yasin yang diwakili pegvamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntvtan hadhanah di Mahk4mah Syariah Kota Bharu, pada Selasa (semalam).

Mohd Amin mend4kwa kali terakhir bertemu anak-anaknya Nur Edlynn Zamilleen (Cik B), 15, dan Eric Zaquan (Kacak), 13, ialah pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya berlangsung selama 15 minit sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : gempak

Be the first to comment on "Bekas Suami Tuntvt Hadhanah, Datuk Seri Vida Mohon Diberi Ruang – “Semua Ini Demi KeseIamatan Anak-Anak…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*