Hairul Mengikuti Kelas Bahasa Inggeris Untuk Mendidik Dan Bertutur Dengan Anak

BIARPUN sering dikrit1k mengenai cara membesarkan anak, pelakon Hairul Azreen tidak pernah mengambil pusing dengan komen negatif yang diIemparkan terhadapnya.

Sebaliknya jejaka berusia 33 tahun itu terus fokus menjalankan tanggungjawab sebagai bapa yang penyayang untuk anak mereka.

“Saya tak pernah nak layan komen negat1f netizen yang krit1k cara saya jaga anak. Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara sendiri. Apa yang terbaik untuk mereka, saya akan berikan semampu boleh. Saya nak anak saya dibesarkan dengan penuh ilmu dan kasih sayang. Saya tiada masa nak fikir apa yang netizen cakap mengenai cara saya dan isteri jaga anak-anak,” katanya.

Pelakon filem Wira itu dikatakan sering bertutur dalam bahasa Inggeris dengan kedua-dua anak mereka iaitu Yusuf Iskandar, 3, dan Alisa Aisyah,1, sehingga ada netizen beranggapan Hairul dan isteri Hanis Zalikha tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian.

Biarpun tidak mahir dalam bahasa Inggeris, Hairul mengakui dia kini mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk sama-sama mendidik dan bertutur dengan anaknya.

Menurut Hairul, dia bukan menolak penggunaan bahasa Malaysia dan anak-anaknya boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan mudah dengan orang sekelilingnya.

“Saya tak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris. Jujur agak menyesal sebab tak belajar betul-betul dulu. Nak belajar bahasa Malaysia ini mudah saja kerana orang sekeliling saya kebanyakan bangsa Melayu. Jadi biarlah dia tahu bahasa Inggeris supaya senang untuk masa depannya.

“Saya sebenarnya sudah lebih setahun mengambil kelas bahasa Inggeris sebab saya bercita-cita nak ke Hollywood satu hari nanti. Jadi saya banyak buat latihan dengan anak-anak. Bahasa Inggeris ini penting sebab saya sendiri pun kalau tak mahir susah saya bergerak jauh dalam bidang ini. Misalnya jika ada tawaran ke luar negara yang memerlukan saya berdialog atau temu bual dengan orang luar negara,” katanya .

HAIRUL  dan Hanis bersama anak mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Ditanya mengenai rahsia kepetahan anak-anaknya, Hairul berkata, tiada rahsia yang spesifik sebaliknya dia dan isteri banyak berkomunikasi dengan anak-anak.

“Alhamdulillah saya dikurniakan anak-anak yang dapat bertutur di usia yang awal. Saya sebenarnya tidaklah begitu mahir dalam mendidik tapi melihat 17 anak saudara membesar depan mata. Saya lihat semuanya bergantung kepada cara didikan ibu bapa masing-masing” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HM

Be the first to comment on "Hairul Mengikuti Kelas Bahasa Inggeris Untuk Mendidik Dan Bertutur Dengan Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*