“K0rbankan Sikit-Sikit Untuk Perkara Baik,”- Selepas Ustaz Ebit Lew, Kini Giliran Zul Yahya Pula Buka Pasar Raya Sendiri

Selepas kejayaan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, kini giliran pelakon, Zul Yahya pula berjaya merialisasikan hajatnya untuk membuka pasar raya miliknya sendiri yang diberi nama Zulyahya Mart.

Menurut Zul, langkah ini merupakan salah satu inisiatifnya untuk mendidik diri dan keluarga untuk sentiasa berk0rban ke jalan agama.

“MasyaAllah, kami belum baik baru belajar k0rbankan sikit-sikit untuk perkara baik.

“Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa k0rbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama .

“Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putvs-putvs insyaAllah,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada enam orang cahaya mata itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Zul turut mended4hkan dia akan berusaha sebaik mungkin demi membangunkan perusahaan barunya itu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian pelakon berusia 50 tahun itu.

Terdahulu, menerusi lap0ran Harian Metro, Zul dikhabarkan tidak akan men0lak sekiranya diberikan tawaran lakonan tetapi hendaklah ditelitinya terlebih dahulu.

“Kalau watak yang ditawarkan itu kena dengan usia, lebih matang dan mungkin lebih serius, saya akan pertimbangkan.

“Kalau boleh, biarlah karakter yang saya lakonkan itu, ada nilai dalam penyampaian kepada penonton dan menjadi asbab untuk sampaikan sesuatu yang baik buat masyarakat juga,” katanya seperti yang dipetik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MH

Be the first to comment on "“K0rbankan Sikit-Sikit Untuk Perkara Baik,”- Selepas Ustaz Ebit Lew, Kini Giliran Zul Yahya Pula Buka Pasar Raya Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*