Gadis Cina Ni Jawab Je, tak Sampai 2 Bulan Lebih 100,000 Pengikut Di TikTok

SEBELUM ini, Instagram menjadi platform untuk anak muda membina nama sehingga ada yang bergelar Instafamous mahupun social media influencer.

Kini, aplikasi video TikTok turut menjadi medan untuk anak muda berkongsi kreativiti, tak kurang juga yang mempamerkan sisi unik diri sendiri sehingga mampu mencipta nama dan menjadi popular.

Terbaharu, seorang pelajar berbangsa Cina dari Penampang, Sabah turut menjadi perhatian ramai menerusi aplikasi TikTok.

Dikenali sebagai Michelle Leong Mei Qi, gadis berusia 17 tahun itu meraih lebih 100,000 pengikut dalam tempoh kurang dua bulan sejak Oktober lalu.

Semuanya gara-gara perkongsian video santai menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh rakan-rakan berbangsa Melayu dalam aplikasi itu.

Bercerita kepada mStar, dia yang popular dengan gelaran Amoi mengakui gembira apabila namanya menjadi perhatian ramai.

Michelle rajin menjawab soalan ditanya pengikut berbangsa Melayu menerusi TikTok.

“Saya mula buat TikTok sejak Oktober lalu. Sebelum ini selalu tengok je, ada kawan saya yang menari dalam TikTok.

“Jadi saya pun cuba, tak sangka kurang dua bulan saya dah ada 132,000 followers.

“Seronok bagi saya. Kawan-kawan dalam TikTok suka tanya soalan, saya balas dalam bentuk video.

Saya hanya jawab secara positif. Paling ingat bila ada orang tanya, bila nak mati?

MICHELLE

“Mula-mula dulu saya kisah juga bila mereka panggil Amoi, sekarang saya tak kisah,” ujarnya.

Menurut Michelle lagi, dia juga semakin fasih berbahasa Melayu kerana banyak berlatih menerusi TikTok.

Malah, dia juga gembira mengajar rakan-rakan Melayu tentang selok belok bahasa Mandarin menerusi aplikasi itu.

“Saya bangga, sebab dulu saya takut-takut nak cakap bahasa Melayu… tak fasih.

“Kalau nak cakap bahasa Inggeris, lama nak kena fikir… bahasa Melayu lagi senang,” ujarnya.

Michelle sama sekali tidak menyangka dia akan popular di TikTok.

Di TikTok misalnya, ramai pengikut Michelle dalam kalangan orang Melayu bertanyakan kepadanya cara-cara untuk bertutur dalam bahasa Mandarin.

Malah, Michelle juga tak lokek berkongsi beberapa perkara seperti cara mengucapkan ‘selamat malam’ dalam bahasa Mandarin, perbezaan bahasa Mandarin dan Kantonis serta banyak lagi.

Kata Michelle, dia juga tak terlepas menerima kec4man, namun dia enggan ambil tahu mengenai hal itu.

“Saya hanya jawab secara positif. Paling ingat bila ada orang tanya, bila nak mati?

“Kalau kita m4ki balik, jadi tension. Just ignore them,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Gadis Cina Ni Jawab Je, tak Sampai 2 Bulan Lebih 100,000 Pengikut Di TikTok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*